As Beauty merupakan satu jenama bagi produk kecantikkan yang telah 10 tahun bertapak sejak tahun 2007 yang dibangunkan melalui maklum balas dari pelanggan dan berkembang hasil kejayaan muka ke muka. Bermula dengan kontrak kecil, As Beauty mula dikenali sebagai Krim Comel di awal kemunculannya dengan resipi tradisional yang berjaya mengatasi masalah kulit wajah penggunanya. Dalam usaha mengkomersialkan namanya, Krim Comel diberi suntikan nama baru, iaitu As Beauty menggunakan nama panggilan pengasasnya “Asmak Md Noor” yang turut membawa maksud “A Simple Beauty.
As Beauty bermula dengan hanya satu produk utama dan terus berkembang dengan pelbagai rangkaian produk lain di bawah jenama As Beauty.Produk ini diyakini boleh menandingi produk penjagaan kulit terkenal pasaran tempatan dan antarabangsa lain dan mampu memberi hasil memuaskan dengan kos yang minima. Berdasarkan testimoni pelanggan, terbukti bahawa produk As Beauty berkesan mengatasi pelbagai masalah kulit wajah yang dialami oleh lelaki dan wanita Asia Tenggara.