POLISI BAYARAN BALIK
- Bagi proses bayaran balik hanya akan dilakukan berdasarkan bukti yang diberikan mengikut ketidakpuasan pelanggan berhubung produk yang diterima.
- Bayaran balik akan dilakukan selepas pihak As Beauty menerima bukti dan pelanggan tidak mahu produk tersebut diganti
- Antara beberapa sebab bayaran balik dilakukan adalah seperti ketetapan berikut:
♥Produk yang ditempah dan dihantar pecah/rosak semasa diterima.
♥Produk yang ditempah tidak diterima/hilang semasa proses penghantaran.
♥ Kuantiti produk yang diterima tidak seperti yang ditempah
♥ Sebab-sebab lain yang diusulkan dan diterima pihak As Beauty. - Pelanggan perlu menangkap gambar atau video untuk membuktikan produk yang diterima tidak berada dalam kondisi yang baik dan sebagainya.
- Gambar atau video bukti tersebut perlu dihantar pada hari yang sama penerimaan produk
- Sekiranya produk tidak diterima/diterima oleh seseorang yang tidak dikenali, pelanggan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan As Beauty dengan memaklumkan nama dan nombor rujukan Poslaju untuk semakan pihak As Beauty.