Menu

POLISI PEMBELIAN PRODUK

1. Belian produk melalui website rasmi As Beauty hanya melibatkan belian pada harga runcit sahaja.
2. Bagi Agen/Stokis yang ingin membuat belian produk boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan As Beauty di talian 013-5337955.
3. Belian produk boleh dilakukan sebelum atau selepas mendaftar di laman sesawang As Beauty.
4. Untuk pelanggan yang membuat pendaftaran terlebih dahulu, maklumat yang disertakan akan digunakan untuk makluman promosi dan perkembangan terkini As Beauty.
5. Ahli di laman rasmi As Beauty juga tidak perlu mengisi maklumat untuk belian kali kedua dan seterusnya.

Langkah-langkah pembelian produk melalui laman sesawang As Beauty seperti ketetapan berikut:
 Pilih produk dan klik butang “Buy Now” pada bakul belian anda
 Pilih kuantiti produk yang dikehendaki dan kemudian klik butang “Add to Cart”.
 Semak “Cart” untuk melihat butiran tempahan.
 Sekiranya ingin menambah produk lain, klik “Continue Shopping”, dan jika telah membuat pilihan belian, klik butang “Checkout” untuk proses bayaran.
 Pilih cara pembayaran dan sahkan belian “Confirm Order”.
 Setelah selesai pelanggan akan menerima email untuk rujukan dan bukti tempahan
 Tempahan yang dibuat sebelum pukul 2.00 petang akan dihantar pada hari yang sama tempahan dibuat kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.
 Tempahan yang telah dibayar dan disahkan akan diproses untuk penghantaran produk menggunakan Pos Laju Malaysia.

Langkah-langkah pembelian produk melalui Whatsapp, FB Page, Instagram seperti ketetapan berikut:
 Maklumkan produk yang ingin dibeli melalui medium perhubungan yang dipilih
 Setelah berpuas hati dengan maklumat produk dan harga, maklumat bayaran akan diberikan untuk proses bayaran dibuat.
 Selepas membuat bayaran, pelanggan perlu sertakan maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran untuk proses penghantaran produk.
 Tempahan yang telah dibayar dan disahkan akan diproses untuk penghantaran menggunakan Pos Laju Malaysia.
 Bayaran yang dibuat sebelum pukul 2.00 petang akan dihantar pada hari yang sama tempahan dibuat kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum.
 Pelanggan akan diberikan nombor rujukan Poslaju untuk rujukan dan simpanan untuk proses penerimaan produk.

Langkah-langkah pembelian secara tunai seperti ketetapan berikut:
 Maklumkan produk yang ingin dibeli
 Setelah berpuas hati dengan maklumat produk dan harga, semak produk yang diberikan samada berada dalam kondisi yang baik
 Selepas berpuas hati, pelanggan boleh buat bayaran.

POLISI PESANAN PRODUK

1. Produk yang dipilih perlu disemak dan disahkan sebelum bayaran dibuat bagi mengelakkan produk yang tidak dikehendaki dipilih.
2. Pesanan boleh dilakukan melalui medium-medium rasmi As Beauty samada agen/stokis, hotline As Beauty, Website, Whatsapp, FB Page, dan Instagram.
3. Keterangan dan maklumat produk yang diperlukan akan diberi mengikut pertanyaan pelanggan.
4. Pelanggan perlu pastikan stok untuk produk yang dikehendaki ada sebelum membuat bayaran
5. Pelanggan perlu membuat tempahan, sahkan maklumat produk, sahkan produk dan membuat bayaran.
6. Pihak As Beauty akan memproses tempahan untuk penghantaran selepas menerima maklumat yang diperlukan seperti nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran untuk semakan bayaran telah jelas.
7. Apabila pihak As Beauty memberikan nombor rujukan Poslaju, bermaksud pesanan tempahan anda telah diproses dan dihantar.
8. Simpan maklumat tersebut untuk proses jejak lokasi produk sekiranya anda tidak menerima produk yang ditempah dalam tempoh 1-3 hari dari tarikh tempahan dibuat

X